Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Sunday, 22 November 2015

American Shorthair


Kucing : American Shorthair (ASH)

Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan antara baka kucing yang di cari oleh orang ramai iaitu Kucing American Shorthair. Kucing ini mempunyai tarikan yang tersendiri iaitu antara corak yang ada adalah corak grey marble ataupun silver tabby. Muka kucing ini berbentuk bulat apabila meningkat dewasa dan mempunyai bulu pendek tetapi padat. Muncungnya berbentuk seperti kotak, seluruh badan ditutupi bulu pendek yang tebal, padat dan agak kaku. Berfungsi untuk melindungi tubuh dari cuaca dingin dan lembab. Bulu ini menebal pada musim dingin dan gugur pada musim panas.

Kucing ASH berasal dari Amerika Syarikat, ia merupakan salah satu baka kucing yang mempunyai ukuran tubuh sederhana besar sehingga besar. Kucing American Shorthair memiliki fizikal yang kuat dengan garis-garis pada badan warna gelap. 

Kucing ini juga memiliki dada yang bidang, leher berotot, rahang kuat dan muncung berkembang dengan baik. Kakinya tebal dan kuat. Kucing terlihat seperti apa yang awalnya dimaksudkan untuk menjadi kucing pemburu. 

Sementara kucing ini suka bermain, tidak perlu perhatian selalu. Jika kucing ini berada dalam mood untuk bermain, ia akan membawa mainan. Ia adalah teman yang sangat baik untuk yang tidak punya teman dirumah. Kucing ini juga menghabiskan waktu hanya tidur di bawah sinar matahari. Ia adalah kucing yang senang di selenggarakan dan peneman yang tenang.

Kucing ASH merupakan kucing dengan watak yang baik dan cergas, memiliki sifat yang sangat ramah dan suka bergaul. Kucing ini mudah beradaptasi, dan kebiasaannya tenang walaupun tidak setenang kucing Persia. Ia adalah sangat sesuai untuk kanak-kanak dan dapat  menjadi teman baik dengan binatang lain contohnya seperti anjing. Sifat kucing ini yang suka menyendiri membuatkan ia sesuai bagi pemilik yang sibuk. Mereka kebiasaanya akan diam duduk menikmati di samping pemiliknya, dibandingkan duduk di pangkuan pemiliknya. 

Meskipun termasuk kucing berukuran sedang-besar, kucing ini lebih ringan dan langsing jika dibandingkan dengan British Shorthair. 

Kucing ASH memiliki telinga dengan ukuran sedang dan lebar, kemudian bahagian hujungnya cenderung melengkung. Jarak antara telinga adalah dekat. Kucing ASH ini termasuk salah satu kucing dengan kekuatan tubuh dan kesihatan yang baik.


Warna dan pola warna kucing ASH sangat bervariasi. Kecuali warna colorpoint (seperti pada kucing siam).  Warna yang cukup popular ialah salah satunya adalah silver tabby. Kucing ASH adalah termasuk jenis kucing pedigree dengan standard yang ketat dan penampilannya yang sesuai dengan standard yang dikeluarkan oleh banyak Cat Fanciers' Association di seluruh dunia.

Kucing ini cenderung memiliki tingkat kesihatan yang baik, mudah beradaptasi, penuh kasih sayang, dan juga ramah dengan orang asing. Ukuran tubuh kucing ASH jantan cenderung lebih besar dibandingkan dengan ukuran kucing betina. Ketika sudah dewasa, sekitar umur 3 tahunan, kucing jantan memiliki berat antara 5.5 hingga 8 kg. Sedangkan yang betina beratnya sekitar 4 hingga 6 kg. Usia hidup kucing ASH boleh mencapai 15 sehingga 20 tahun, jika dibela dengan baik dan penuh kasih sayang. Warna dan pola bulu kucing ASH adalah diketahui ada sekitar 80 varian atau lebih. Mulai dari warna coklat tabby hingga putih dengan mata berwarna biru.


 Sejarah

Kucing American Shorthair (ASH) merupakan keturunan/ perkembangan dari kucing baka European Shorthair dan baka Kucing British Shorthair. Sejarah dan perkembangan ASH dimulai pada tahun 1620, ketika kucing rumahan pertama tiba di benua Amerika. Kucing tersebut dibawa oleh para peneroka dari benua Eropah yang menaiki kapal Mayflower untuk membuat koloni baru di Amerika Syarikat. 

Koloni pertama dimulai di Amerika pada bahagian utara. Begitu pula dengan ASH, perkembangan pertama berasal dari daerah Amerika di bahagian utara yang beriklim sejuk. Kucing ASH beradaptasi dengan baik dan secara berperingkat mengikuti perkembangan manusia sehingga tersebar ke seluruh benua Amerika dan dunia. 

Pada awalnya baka ini dikenali dengan sebutan kucing Shorthair saja, kemudian popular dengan sebutan Domestic Shorthair pada tahun 60-an. Akhirnya pada tahun 1966 namanya diubah menjadi kucing American Shorthair dan sering disingkat dengan kucing ASH. 



Secara keseluruhannya kucing ASH ini adalah seperti berikut:

Breed Characteristics
Adaptability 
5 starsEnergy Level 
3 starsShedding Level 
3 stars
Affection Level 
5 starsGrooming 
1 starSocial Needs 
4 stars
Child Friendly 
4 starsHealth Issues 
3 starsStranger Friendly
3 stars
Dog Friendly 
5 starsIntelligence 
3 stars
Bagi sesiapa yang ingin membela atau memelihara kucing ini diharapkan info ini dapat memberi sedikit sebanyak berkenaan kucing ini sebelum memeliharanya menjadi peneman diri. Artikel ini adalah dari pelbagai sumber dan juga dari pandangan saya terhadap kucing ASH ini. Jika ada maklumat yang salah diharapkan pembaca dapat menyelidikinya lagi pada maklumat yang lain. Sekian.

Sumber:
ASH1  

Saturday, 21 November 2015

Tonsil : Apa itu Tonsillitis

Acute Tonsillitis dan Perawatannya

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada pada tuan-tuan dan puan-puan dan para pembaca tentang satu penyakit yang sering berlaku kepada kita terutama kepada anak-anak yang dipanggil tonsillitis. Sebelum kita bercerita jauh mari kita tinjau dahulu apakah itu sejenis organ yang dipanggil tonsil.

Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur


Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.


Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.

Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.

Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.

Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Salam...

Kanser Prostat

APA ITU KANSER PROSTAT?

Kanser Prostat

Pengenalan
Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihidapi adalah menyerupai dengan kanser prostat.
Apakah itu Kanser Prostat?
Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.
Penyebab/Faktor Risiko
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:
  1. Usia
    Risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia lebih 65 tahun.
  2. Sejarah Keluarga
    Risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
  3. Hormon
    Paras testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.
Tanda & Gejala.
Gejala kanser prostat:
  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
Jika anda mengalami gejala ini. Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya
Diagnosa kanser prostat:
  1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test
    Adalah bahan (sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
  2. Digital Rectal Examination (DRE)
    Doktor memakai sarung tangan getah dan jari dimasukkan ke dalam dubur untuk merasa permukaan prostat. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
  3. Transrectal Ultrasound (TRUS) 
    Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan gambar diambil.
  4. Biopsy
    Hanya satu cara untuk memastikan betul-betul kanser didiagnosakan adalah dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
  5. Computed Tomography (CT atau CAT) scan
    CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan sinar-x.
  6. Magnetic Resonance Imaging (MRI)
    MRI mengunakan lapangan magnet, bukan sinar-x untuk menghasilkan imej lengkap badan.
Peringkat kanser prostat:
  • Peringkat 1 Kanser melibatkan <5% kelenjar prostat.
  • Peringkat 2 Kanser melibatkan >5% kelenjar prostat.
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  • Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, nodus limfa pelvik atau bahagian lain terutamanya tulang
Rawatan
Rawatan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan samada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu.
  1. Pembedahan
    Terdapat dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan 2: radical prostectomy atau radical radiotherapy.
    • Radical (open) prostectomy. Melibatkan pembedahan pembuangan kesemua prostate dan vesikel seminal dan kemungkinan nodus limfa di dalam pelvic. Dalam 80-90% kes, cara rawatan ini selalunya selamat selama 10 tahun selepas rawatan.
    • Transurethral Resection of Prostate (TURP) - kerap kali digunakan untuk mengurangkan gejala kesekatan pada saluran air kencing.
  2. Radiation therapy
    Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser. Terapi Radiasi berguna untuk semua peringkat kanser, samada percubaan untuk menyembuhkan penyakit. Juga digunakan sebagai kaedah mengurangkan gejala sakit yang teruk atau kanser yang telah merebak.Beberapa rawatan atau "fraction" mungkin diperlukan.
    Terapi radiasi mungkin menyebabkan kesan sampingan berikut:
    • Cirit birit atau gangguan fungsi usus
    • Meningkatkan perasaan hendak buang air kecil atau kerapkali buang air kecil
    • Letih lesu
    • Tidak selesa pada rektum, rasa pedih atau sakit
    • Mati pucuk
  3. Terapi Hormon
    Pembesaran kanser prostat disebabkan oleh hormon seks lelaki seperti androgens, pengurangan paras hormon ini boleh membantu melambatkan pembesaran kanser. Rawatan hormon ini dipanggil terapi pembuangan "androgen" atau terapi pelucutan "androgen". Penghasilan testosteron boleh dikurangkan samada dibedah dengan pembuangan kelenjar testosteron atau melalui penggunaan ubat mengurangkan fungsi testis.
  4. Kimoterapi
    Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%. Pesakit kanser prostat perlu dirawat oleh berbagai kepakaran termasuk onkologi, radioterapi dan urologi. Dengan cara ini pesakit dapat diberikan rawatan yang komprehensif.
Semakan Akhir:20 Jun 2014
Penulis:Dr. Arief Budiman Abdul Aziz
Penterjemah:Dr. Mastura Ismail
Penyemak:Dr. Mohamad Hamim M. Hanifah

SUMBER