Showing posts with label Buku2read. Show all posts
Showing posts with label Buku2read. Show all posts

Saturday, 21 November 2015

Pemakanan Rasulullah : Menu Sihat Inspirasi Rasulullah

Buku seterusnya adalah Menu Sihat Inspirasi Rasulullah. Buku ini menceritakan berkenaan pemakanan mengikut sunnah. Buku ini juga menerangkan khasiat pemakanan yang diambil. Di samping itu gambar-gambar yang terdapat dalam buku ini juga amat baik dan terang. Bagi sesiapa yang berminat boleh membeli buku di link ini.



Review

ISBN-13: 978-967-411-143-4 
Tarikh Terbit: 10 Jan 2014
Jumlah Muka Surat : 192
Kategori: Resipi, Gaya Hidup
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Pengalaman saya menjadi chef selama hampir 25 tahun, membawa saya menjelajah ke banyak negara di seluruh dunia. Pelbagai ragam dunia masakan yang saya lalui, memberi banyak pengajaran dan membuatkan saya lebih mengenal hubungan antara makanan dalam pembentukan peribadi manusia. Benar, makanan memberi banyak pengaruh dalam pertumbuhan akal dan naluri setiap manusia.

Atas kesedaran betapa penting makanansihat dan baik dalam kehidupan, saya membulat tekad menghasilkan buku berkenaan makanan sunnah ini. Dengan menggabungkan bahan-bahan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ke dalam bentuk resepi makanan moden citarasa Malaysia ini, semoga ia dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat bagi mempelbagaikan menu sihat dalam diet seharian.

BAHAGIAN 1

      Khasiat Makanan Rasulullah Menurut Al-Quran dan Hadith 9

BAHAGIAN 2

      Etika Makan dan Minum

BAHAGIAN 3

      Etika di Dapur

BAHAGIAN 4

      Petua di Dapur

BAHAGIAN 5

      Adab Berziarah dan Menerima Tetamu

BAHAGIAN 6

      Tip Kesihatan dan Kecantikan

BAHAGIAN 7

      Resipi Istimewa

BAHAGIAN 8

     Pencapaian Chef Sabri

BAHAGIAN 9

     Corat-Coret Chef Sabri


Buku Online : Atlas Rasulullah S.A.W

Tajuk Buku:   Atlas Rasullullah S.A.W

Review

Setiap helaian demi helaian dalam buku Atlas Rasulullah S.A.W membawa pembaca menelusuri perjalanan sirah Baginda secara lebih dekat lagi. Buku ini adalah rakaman sirah paling lengkap tentang Rasulullah dengan ilustrasi gambar berwarna.


Gambaran keperibadian Nabi Muhammad daripada perspektif sahabat juga dihuraikan dengan baik, sehingga membuatkan para pembaca begitu teruja dan menambahkan lagi kecintaan kepada Rasulullah. Info eksklusif yang dipaparkan dalam atlas ini berkisar tentang kehidupan Rasulullah, peta perjalanan, ekspedisi perang, dan suasana di dua tanah suci Mekah dan Madinah.


Penulis berjaya membongkarkan sejarah silam Semenanjung Tanah Arab dengan ilustrasi gambar dan peta yang berwarna, mampu menarik minat para pembaca untuk memahami lebih mendalam lagi keadaan bangsa Arab sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Carta alir yang ringkas mengenai peperangan dan ekspedisi dakwah Baginda Nabi dipaparkan dengan huraian yang jelas dan teliti.


Buku ini wajar menjadi salah satu koleksi buku dan rujukan setiap Muslim untuk lebih mengenali peribadi, sirah dan sejarah Rasulullah. Semakin mengenali Baginda Nabi, semakin membuak-buak perasaan rindu untuk menemuinya. Semoga buku ini menambahkan kecintaan kita kepada manusia paling agung, Muhammad S.A.W. Lebih banyak lagi kisah dan rakaman sirah yang tercatat dalam buku ini. Raikan kasih Rasulullah dan suburkan cinta kepada Baginda dengan menghayati Atlas Rasulullah S.A.W.


“Sesungguhnya, untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik. Iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari Akhirat. Serta dia pula menyebut dan mengingati Allah dengan banyak ketika susah dan senang.”



(Surah al-Ahzab, ayat 21)




Sila klik pada link ini untuk membeli


Buku online : Atlas Perang Salib

Bagi sesiapa yang nak baca buku berkenaan Perang Salib, buku ini memang menjadi pilihan kerana bahasanya yang ringkas serta banyak gambar warna yang mantap. Boleh dapatkan buku ini di Bookcafe di link ini.

Review

"Bangsa kita memang sudah melampaui batas dalam menumpahkan darah di Haikal Sulaiman hingga mayat yang bergelimpangan terendam dalam takungan darah. Tangan-tangan dan kaki mayat seakan-akan berenang, sedangkan askar Salib sendiri tidak sanggup mencium bau yang keluar daripada mayat!" (Gustave Le Bon, sejarawan Perancis)
"Pada ketika Al-Quds jatuh, sebahagian daripada pasukan Salib menganggap orang Islam menelan kepingan emas yang mereka miliki. Mereka mengoyak perut orang Islam yang sudah dibunuh bagi mencari kepingan emas itu. Ketika menyedari mereka memerlukan masa yang lama bagi mengoyak perut setiap mayat, mereka mengumpulkan mayat-mayat itu secara sekaligus dan membakarnya. Apabila api padam, baru mereka mengorek abu mayat yang mereka bakar itu bagi mencari kepingan emas yang mereka sangka ditelan oleh orang Islam." (Raymond de Keller, sejarawan Kristian)
Perang Salib adalah peristiwa berdarah paling menyayat hati yang berlaku antara umat Islam dan Kristian. Perang yang berlaku hampir 200 tahun ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam peradaban dunia.
Buku Atlas Perang Salib karya Sami bin Abdullah Al-Maghluts memaparkan secara terperinci perihal setiap siri Perang Salib. Malahan, dipadatkan lagi dengan himpunan peta dan gambar berwarna.
ISI KANDUNGAN
Pendahuluan
Bab 1: Pencetus Perang Salib
Pencetus Perang Salib terhadap Bahagian Timur Islam
Siapakah yang Memulakan Permusuhan: Timur ataupun Barat?
Pertempuran Malazgirt (Manzikert) 463H/1071M
Motif Agama: Pencetus Perang Salib
Jawapan Balas terhadap Tulisan sebelum Ini Menurut Sumber Sejarah Moden tentang Perang Salib
Urbanus II
Motif Politik: Pencetus Perang Salib
Motif Sosial: Pencetus Perang Salib
Motif Ekonomi: Pencetus Perang Salib
Bab 2: Perang Salib Rakyat
Perang Salib Rakyat
Hasil Perang Salib Rakyat
Kerajaan Saljuk
Saljuk Rom dan Saljuk Antioch
Bab 3: Perang Salib Pertama
Pengepungan dan Penjajahan Antioch
Antioch
Ar-Ruha
Pergerakan Pasukan Salib Menuju ke Baitul Maqdis
Pengepungan Tripoli
Pasukan Salib Kembali Menyerang Baitul Maqdis dan Menawan Beberapa Buah Kota dan Desa
Penjajahan Kerajaan Kristian (Latin) di Baitul Maqdis
Kejahatan Pasukan Salib di Baitul Maqdis
Kejatuhan Al-Quds di Tangan Pasukan Salib
Penderitaan Umat Islam kerana Kejatuhan Al-Quds
Keadaan Baitul Maqdis selepas Jatuh ke Tangan Pasukan Salib
Bab 4: Kebangkitan Dunia Islam dan Bermulanya Perang Salib Kedua
Kebangkitan Dunia Islam selepas Perang Salib Pertama
Panglima Turki: Imaduddin Zanki
Panglima Turki: Nuruddin Mahmud bin Imaduddin Zanki
Perang Salib Kedua
Perebutan Mesir antara Nuruddin dan Pasukan Salib
Panglima Salahuddin Al-Ayyubi (532H-589H)
Salahuddin Al-Ayyubi dan Pemerintah Kubu Al-Karak
Kubu Al-Karak
Kubu Shoubak
Perang Hittin (583H-1187M)
Pembebasan Acre dan Beberapa Kota yang Dijajah oleh Musuh
Pembebasan Baitul Maqdis, 27 Rejab 583H
Bab 5: Perang Salib Ketiga
Pertempuran Arsuf serta Kejatuhan Kota Lod dan Ramallah
Panglima Besar Islam: Salahuddin Al-Ayyubi Meninggal Dunia
Bab 6: Perang Salib Keempat
Perang Salib Kanak-Kanak
Bab 7: Perang Salib Kelima
Kekacauan yang Berlaku selepas Perang Salib Keempat
Pergerakan Pasukan Salib ke Damietta, Mesir
Bab 8: Perang Salib Keenam
Kedudukan Umat Islam dalam Perjanjian Jaffa
Pengambilan Kembali Baitul Maqdis oleh Raja As-Salih Ayyub
Pemerintahan As-Salih Ayyub
Pembelotan Pasukan As-Salih Ismail dan Al-Mansur Ibrahim
Pengambilan Kembali Baitul Maqdis
Pertempuran Hittin Kedua
Bab 9: Perang Salib Ketujuh
Keadaan Pasukan Salib selepas Peperangan Al-Mansurah Kedua
Az-Zahir Baibars
Serbuan Mongol dan Kejatuhan Baghdad pada Tahun 656H/1258M
Bab 10: Perang Salib Kelapan
Pasukan Salib Tiba di Carthage dan Tindakan Al-Mustanshir Billah Al-Hafsi
Bab 11: Pembersihan Pasukan Salib (Frank) dari Syam
Situasi selepas Perang Salib
Kedatangan Pasukan Salib pada Zaman Sultan Al-Mansur Qalawun
Pasukan Salib Frank pada Zaman Sultan Al-Asyraf Khalil
Bab 12: Beberapa Kesan Perang Salib
Zaman Kebangkitan Eropah
Pendapat Pertama tentang Penubuhan Gereja Tengkorak
Pendapat Kedua tentang Penubuhan Gereja Tengkorak
Astrolab

Permohonan Maaf Pihak Kristian Atas Peristiwa Perang Salib: Ikhlas ataupun Hanya Mainan?





Friday, 20 November 2015

HAI.....







Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdullilah... tercipta juga blog ni akhirnya. Saya sedang berjinak-jinak untuk buat blog sendiri. Bukannya apa tapi sekadar memenuhi masa lapang. Salam perkenalan kepada semua. Diharapkan dapat menulis dari masa kesemasa. Ini adalah sekadar perkongsian ilmu sahaja. Jika ada salah dan silap ia adalah dari kelemahan saya sendiri. Amin




azrul